PONDOK SABTU
Khas Untuk
Guru-Guru
Bertempat :
BAITUSSAADAH,
PUSAT
KECEMERLANGAN PENGAJIAN ISLAM
B-3-3-5 & B-3A-5 Blok 3
Jln Teknologi PJU 2/1B,
Syeksen 2, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor.
TEMPOH
PENGAJIAN ;
Tarikh : Setiap hari Sabtu,
bermula pada
16-2-2013 hingga 6-8-2013.
Masa : 12.00
pagi hingga 5.00 petang.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
Ust Sobri : 0136299075
Email : Info@baitussaadah.net
Pejabat : 0361439292
Dengan Nama
Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
Baitussaadah dengan
segala sukacitanya memaklumkan tawaran program baru bertemakan “Pondok
Sabtu”. Ia merupakan suatu bengkel ilmiah yang akan diadakan secara
berperingkat. Setiap peringkat akan mengambil masa selama 4 bulan. Bengkel ini akan
diadakan pada setiap hari sabtu bagi memudahkan peserta universiti dan kakitangan
swasta atau kerajaan turut serta untuk menimba ilmu secara bersanad. Program
yang ditawarkan mengandungi pelbagai pengisian termasuk pengisian agama dan
bahasa Arab yang akan disampaikan berteraskan metodologi ulama’ silam seperti
pengajian bertalaqqi, membaca kitab warisan lama secara bersanad dan cara mendhabitkan kitab di samping hafalan, tasmi` dan ujian
lisan atau bertulis yang ditetapkan kepada peserta sebagai langkah melahirkan peserta
yang cemerlang dalam ilmu pengetahuan agama –dengan izin Allah taala-. Program
ini juga merupakan medium yang mampu menggilap potensi kepimpinan peserta yang
cemerlang dan berkemampuan dalam menghafal dan tasmi` secara aktif.
BENGKEL IMAM AS-SYAFIE
PERTAMA
Bengkel ini merupakan muqaddimah
bagi bengkel-bengkel kecemerlangan seterusnya. Tenaga pengajar yang terlibat
akan memberi penekanan kepada pelbagai ilmu agama yang berfaedah. Peserta yang
berjaya dalam bengkel ini layak menyertai bengkel kedua yang lebih mencabar menerusi kitab-kitab yang
lebih besar.
PERHATIAN PENTING :
Peserta
yang tidak melibatkan diri pada bengkel yang pertama tidak berpeluang untuk
menyertai bengkel seterusnya yang ditawarkan bagi membaca kitab-kitab yang
lebih luas perbincangannya.
Pengisian
bengkel ini adalah sebagaimana berikut :
§ Akidah
___________________________
Menerusi subjek ini, peserta dapat
mempesertai perkara-perkara yang wajib atas
setiap mukallaf iaitu perkara yang berhubung dengan akidah islam beserta
dalil-dalilnya serta penjelasan atau keterangan yang menjadikan seseorang itu
memahami dan mantap dalam bidang tersebut. Perkara ini merujuk kepada metode Ahlussunnah
wal-jamaah dalam kalangan al-Asya`irah dan al-Maturidiyyah sebagaimana ianya
merupakan tradisi ulama silam melayu suatu ketika dahulu.
§ Fiqh
______________________________
Menerusi subjek ini, peserta dapat
mempesertai persoalan berkaitan fiqh seperti bab bersuci, solat, puasa, zakat,
haji disamping menyentuh beberapa hukum hakam tentang muamalat islam, mazhab
imam as-syafi`e -semoga Allah meredhainya- dengan mengikut
pendapat-pendapat yang rajih (kuat)
dalam Mazhab as-Syafi`e.
§ Akhlak,
Tasawuf Dan Pengajian Umum ____________________________
Menerusi subjek ini, peserta dapat
mempesertai tentang perkara-perkara yang wajib bagi hati, maksiat anggota badan
dan taubat. Di samping itu,
pengajian berhubung sirah atau perjalanan hidup orang-orang yang soleh dan
pengajian agama yang bersifat umum juga turut disediakan dalam membentuk dan
menyuburkan budaya ilmu Islam dalam kalangan para peserta.
§
Al-Quran
Dan Al-Tajwid ____________
Subjek
ini memberi pendedahan terhadap pembacaan Al-Quran dengan menyebut lafaz huruf
secara betul dan menjaga pembacaan berdasarkan hukum-hakam tajwid melalui
pengajian secara bersanad yang bersambung terus kepada penghulu kita, Rasulullah
shallallahu `alaihi wasallam. Perlu diingatkan di sini, bahawa bengkel ini akan memberi
penekanan sepenuhnya pada hafalan dan tasmi` sebanyak 1 juzuk daripada Al-Quran
Al-Karim. Pada sesi ini, peserta akan mempesertai pengajian hukum hakam tajwid
secara bertalaqqi menerusi syarahan dan keterangan fasal-fasal ilmu tajwid dengan
cara yang mudah beserta hafalan dan tasmi` bagi matan yang tersohor di dalam
bidang ini. Pengajian ini amat istimewa dan berbeza daripada yang lain kerana
peserta akan mempesertai cara untuk mengajar al-Quran dan ilmu tajwid dengan
cara yang betul dan efektif.
§
Bahasa Arab (khas kepada peserta
yang tidak menguasai bahasa arab sahaja) ___________________________
Program ini mengandungi beberapa
pengisian penting seperti kemahiran membaca, menulis bagi mereka yang mula
menceburkan diri dalam pengajian bahasa Arab. Silibusnya disusun oleh beberapa
orang tokoh yang benar-benar
pakar dan mempunyai penguasaan yang tinggi dalam bidang pengajaran bahasa arab.
Silibus yang disediakan sudah terbukti keberkesanannya dan diajarkan di
beberapa institusi pendidikan tinggi yang menerapkan bahasa Arab sebagai bahasa
penghantar serta mampu
memberi natijah yang menakjubkan.
Syarat-Syarat Penyertaan :
v
Peserta hendaklah membawa sekurang-kurangnya
sijil SPM semasa mendaftar.
v
Peserta perlu mengisi borang
pendaftaran bengkel dan menyerahkannya kepada pejabat Baitussaadah sebelum
11-2-2013. Sebarang permohonan yang sampai selepas tarikh tersebut tidak akan diproses.
v
Peserta disyaratkan berjaya dalam ujian yang akan diadakan pada
hari selasa, 12-2-2013.
v
Peserta perlu memastikan
kehadirannya pada setiap kali kelas berlangsung dan tidak lewat dari waktu yang
ditetapkan. Sesiapa yang lewat melebihi 5 minit boleh dihalang daripada
mengikuti kelas pengajian. Begitu juga ketidakhadiran tanpa sebarang keuzuran boleh
menyebabkan peserta ditamatkan pengajian.
v
Peserta perlu mengulangkaji
setiap mata pesertaan yang diambil dan
menghadirkan diri untuk sesi tasmi` yang akan diadakan pada setiap minggu
beserta ujian. Sesiapa yang mengabaikan tasmi` sebanyak 3 kali secara
berturutan akan ditamatkan daripada mengikuti bengkel.
v
Mematuhi peraturan-peraturan
bengkel serta menjaga kebersihan dan keselamatan tempat.
v
Peserta hendaklah
menjaga akhlak dan moral yang tinggi. Sesiapa yang didapati mempamerkan akhlak
buruk yang bercanggah dengan akhlak sebagai seorang penuntut ilmu agama akan
diambil tindakan tatatertib.
Bahasa Penghantar :
Tenaga pengajar akan menyampaikan
kuliahnya dalam bahasa Arab diikuti dengan penterjemahan dalam bahasa Malaysia.
Keistimewaan
Ø
Setiap peserta yang terlibat
dengan bengkel dan berjaya dalam ujian akan memperolehi sijil penyertaan.
Ø
Pihak penganjur akan
menyediakan kitab-kitab yang diperlukan dan kertas secara percuma kepada
peserta.
Ø
Peserta yang berjaya dalam
bengkel pertama layak mendaftar untuk bengkel seterusnya bagi mempesertai kitab
yang lebih luas perbincangannya dan beberapa subjek penting yang lain.
Ø
Tempat penginapan disediakan
bagi peserta yang datang daripada tempat yang jauh pada malam sebelum
bermulanya bengkel dan hendaklah memaklumkan kepada pihak pejabat terlebih
dahulu sebelum bermulanya hari pengajian.
Aturcara Program
Pengisian
|
Bermula
|
Tamat
|
Akidah
|
12.00 tgh
|
1.30 ptg
|
Fiqh
|
1.46 ptg
|
3.00 ptg
|
Akhlak Dan Pengajian Umum
|
3.30 ptg
|
4.30 ptg
|
Al-Quran Dan Al-Tajwid
|
4.30 ptg
|
5.30 ptg
|
Bahasa Arab
|
6.00 ptg
|
7.30 ptg
|
Perhatian : Segala
yang termaktub di atas tertakluk pada sebarang perubahan berdasarkan
kepentingan dan keperluan peserta.
Yuran Pendaftaran :
RM 100 sahaja
Baitussaadah
No comments:
Post a Comment