Thursday 21 March 2013

KEM ANAK SOLEH

JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI !!

Sila gunakan borang di bawah untuk mendaftar

Bagi pembayaran melalui cek, anda boleh membuat pembayaran tersebut di atas nama  
Assolahiyyah Global Sdn. Bhd.

Wednesday 13 February 2013

PONDOK SABTU




 

PONDOK SABTU

Khas Untuk Guru-Guru

Bertempat :

BAITUSSAADAH,
PUSAT KECEMERLANGAN PENGAJIAN ISLAM
B-3-3-5 & B-3A-5 Blok 3 Jln Teknologi PJU 2/1B,
Syeksen 2, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor.

TEMPOH PENGAJIAN ;

Tarikh : Setiap hari Sabtu,
bermula pada 16-2-2013 hingga 6-8-2013.
Masa : 12.00 pagi hingga 5.00 petang.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Ust Sobri            : 0136299075
Email                 : Info@baitussaadah.net
Pejabat             : 0361439292

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Baitussaadah dengan segala sukacitanya memaklumkan tawaran program baru bertemakan “Pondok Sabtu”. Ia merupakan suatu bengkel ilmiah yang akan diadakan secara berperingkat. Setiap peringkat akan mengambil masa selama 4 bulan. Bengkel ini akan diadakan pada  setiap hari sabtu bagi memudahkan peserta universiti dan kakitangan swasta atau kerajaan turut serta untuk menimba ilmu secara bersanad. Program yang ditawarkan mengandungi pelbagai pengisian termasuk pengisian agama dan bahasa Arab yang akan disampaikan berteraskan metodologi ulama’ silam seperti pengajian bertalaqqi, membaca kitab warisan lama secara bersanad dan cara mendhabitkan kitab di samping hafalan, tasmi` dan ujian lisan atau bertulis yang ditetapkan kepada peserta sebagai langkah melahirkan peserta yang cemerlang dalam ilmu pengetahuan agama –dengan izin Allah taala-. Program ini juga merupakan medium yang mampu menggilap potensi kepimpinan peserta yang cemerlang dan berkemampuan dalam menghafal dan tasmi` secara aktif.

BENGKEL IMAM AS-SYAFIE PERTAMA
Bengkel ini merupakan muqaddimah bagi bengkel-bengkel kecemerlangan seterusnya. Tenaga pengajar yang terlibat akan memberi penekanan kepada pelbagai ilmu agama yang berfaedah. Peserta yang berjaya dalam bengkel ini layak menyertai bengkel kedua yang  lebih mencabar menerusi kitab-kitab yang lebih besar.

PERHATIAN PENTING :
Peserta yang tidak melibatkan diri pada bengkel yang pertama tidak berpeluang untuk menyertai bengkel seterusnya yang ditawarkan bagi membaca kitab-kitab yang lebih luas perbincangannya.

Pengisian bengkel ini adalah sebagaimana berikut :

§  Akidah ­­­­­­­­­­­­­___________________________
Menerusi subjek ini, peserta dapat mempesertai perkara-perkara yang wajib atas  setiap mukallaf iaitu perkara yang berhubung dengan akidah islam beserta dalil-dalilnya serta penjelasan atau keterangan yang menjadikan seseorang itu memahami dan mantap dalam bidang tersebut. Perkara ini merujuk kepada metode Ahlussunnah wal-jamaah dalam kalangan al-Asya`irah dan al-Maturidiyyah sebagaimana ianya merupakan tradisi ulama silam melayu suatu ketika dahulu.

§  Fiqh ______________________________
Menerusi subjek ini, peserta dapat mempesertai persoalan berkaitan fiqh seperti bab bersuci, solat, puasa, zakat, haji disamping menyentuh beberapa hukum hakam tentang muamalat islam, mazhab imam as-syafi`e -semoga Allah meredhainya- dengan mengikut pendapat-pendapat yang rajih (kuat) dalam Mazhab as-Syafi`e.

§  Akhlak, Tasawuf Dan Pengajian Umum ____________________________
Menerusi subjek ini, peserta dapat mempesertai tentang perkara-perkara yang wajib bagi hati, maksiat anggota badan dan taubat. Di samping itu, pengajian berhubung sirah atau perjalanan hidup orang-orang yang soleh dan pengajian agama yang bersifat umum juga turut disediakan dalam membentuk dan menyuburkan budaya ilmu Islam dalam kalangan para peserta.


§  Al-Quran Dan Al-Tajwid ____________
Subjek ini memberi pendedahan terhadap pembacaan Al-Quran dengan menyebut lafaz huruf secara betul dan menjaga pembacaan berdasarkan hukum-hakam tajwid melalui pengajian secara bersanad yang bersambung terus kepada penghulu kita, Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam. Perlu diingatkan di sini, bahawa bengkel ini akan memberi penekanan sepenuhnya pada hafalan dan tasmi` sebanyak 1 juzuk daripada Al-Quran Al-Karim. Pada sesi ini, peserta akan mempesertai pengajian hukum hakam tajwid secara bertalaqqi menerusi syarahan dan keterangan fasal-fasal ilmu tajwid dengan cara yang mudah beserta hafalan dan tasmi` bagi matan yang tersohor di dalam bidang ini. Pengajian ini amat istimewa dan berbeza daripada yang lain kerana peserta akan mempesertai cara untuk mengajar al-Quran dan ilmu tajwid dengan cara yang betul dan efektif.

§  Bahasa Arab (khas kepada peserta yang tidak menguasai bahasa arab sahaja) ___________________________
Program ini mengandungi beberapa pengisian penting seperti kemahiran membaca, menulis bagi mereka yang mula menceburkan diri dalam pengajian bahasa Arab. Silibusnya disusun oleh beberapa orang tokoh yang benar-benar pakar dan mempunyai penguasaan yang tinggi dalam bidang pengajaran bahasa arab. Silibus yang disediakan sudah terbukti keberkesanannya dan diajarkan di beberapa institusi pendidikan tinggi yang menerapkan bahasa Arab sebagai bahasa penghantar serta mampu memberi natijah yang menakjubkan.

Syarat-Syarat Penyertaan :
v  Peserta hendaklah membawa sekurang-kurangnya sijil SPM semasa mendaftar.
v  Peserta perlu mengisi borang pendaftaran bengkel dan menyerahkannya kepada pejabat Baitussaadah sebelum 11-2-2013. Sebarang permohonan yang sampai selepas tarikh tersebut tidak akan diproses.
v  Peserta disyaratkan berjaya dalam ujian yang akan diadakan pada hari selasa, 12-2-2013.
v  Peserta perlu memastikan kehadirannya pada setiap kali kelas berlangsung dan tidak lewat dari waktu yang ditetapkan. Sesiapa yang lewat melebihi 5 minit boleh dihalang daripada mengikuti kelas pengajian. Begitu juga ketidakhadiran tanpa sebarang keuzuran boleh menyebabkan peserta ditamatkan pengajian.
v  Peserta perlu mengulangkaji setiap mata  pesertaan yang diambil dan menghadirkan diri untuk sesi tasmi` yang akan diadakan pada setiap minggu beserta ujian. Sesiapa yang mengabaikan tasmi` sebanyak 3 kali secara berturutan akan ditamatkan daripada mengikuti bengkel.
v  Mematuhi peraturan-peraturan bengkel serta menjaga kebersihan dan keselamatan tempat.
v  Peserta hendaklah menjaga akhlak dan moral yang tinggi. Sesiapa yang didapati mempamerkan akhlak buruk yang bercanggah dengan akhlak sebagai seorang penuntut ilmu agama akan diambil tindakan tatatertib.

Bahasa Penghantar :

Tenaga pengajar akan menyampaikan kuliahnya dalam bahasa Arab diikuti dengan penterjemahan dalam  bahasa Malaysia.

Keistimewaan
Ø  Setiap peserta yang terlibat dengan bengkel dan berjaya dalam ujian akan memperolehi sijil penyertaan.
Ø  Pihak penganjur akan menyediakan kitab-kitab yang diperlukan dan kertas secara percuma kepada peserta.
Ø  Peserta yang berjaya dalam bengkel pertama layak mendaftar untuk bengkel seterusnya bagi mempesertai kitab yang lebih luas perbincangannya dan beberapa subjek penting yang lain.
Ø  Tempat penginapan disediakan bagi peserta yang datang daripada tempat yang jauh pada malam sebelum bermulanya bengkel dan hendaklah memaklumkan kepada pihak pejabat terlebih dahulu sebelum bermulanya hari pengajian.

Aturcara Program
Pengisian
Bermula
Tamat
Akidah
12.00 tgh
1.30 ptg
Fiqh
1.46 ptg
3.00 ptg
Akhlak Dan Pengajian Umum
3.30 ptg
4.30 ptg
Al-Quran Dan Al-Tajwid
4.30  ptg
5.30 ptg
Bahasa Arab
6.00  ptg
7.30 ptg
 
Perhatian : Segala yang termaktub di atas tertakluk pada sebarang perubahan berdasarkan kepentingan dan keperluan peserta.


Yuran Pendaftaran :
RM 100 sahaja

 Baitussaadah


Sunday 3 February 2013

BAITUSSAADAH


PENGENALAN :

Baitussaadah (BS) merupakan sebuah pusat kecemerlangan ilmu-ilmu Islam yang menitikberatkan kualiti dan keberkesanan dalam menyampaikan ilmu kepada para peserta. Penekanan utama BS ialah melahirkan generasi yang berjaya di dunia dan di akhirat. Segala program ilmiah yang disediakan di BS disampaikan secara amanah oleh tenaga pendidik yang cemerlang dari lulusan universiti tempatan dan universiti luar negara untuk memastikan para peserta yang mempelajari kitab juga memperolehi kecemerlangan.  Kemudahan seperti  bilik kuliah yang eksklusif dan berhawa dingin, ruangan solat yang luas dan koperasi turut disediakan bagi menjamin keselesaan peserta dalam menuntut ilmu. Pihak BS juga mengharapkan agar tempat ini menjadi tempat rujukan ilmu yang utama dan peserta yang mengikuti program di sini akan berasa senang hati dengan layanan yang disediakan seolah-olah mereka berada di rumah.

TEMPAT :

Baitussaadah 
Pusat Kecemerlangan Pengajian Islam
B-3-3-5 & B-3A-5 Blok 3 Jln Teknologi PJU 2/1B,
Syeksen 2, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor.

SASARAN :

o   Remaja            : berumur 15 tahun – 25 tahun
o   Dewasa            : berumur 26 tahun – 54 tahun
o   Warga Emas    : berumur 55 tahun ke atas

NAMA DAN KOD PAKEJ YANG DISEDIAKAN :

                         1 : Kursus Fasih Al-Quran ( KFQ )
                        2 : Kursus Fardhu Ain ( KFA )
                        3 : Kursus Bahasa Arab ( KBA )
                        4 : Kursus Kaligrafi Khat ( KKH )
                        5 : Program Tahfiz Al-Quran ( PTA )
                        6 : English Language Course ( ELC ) – [ ISLAMIC – or -  GENERAL ]

BENTUK PAKEJ : 

1.         Bersendirian     : iaitu tanpa digabungkan dengan pakej yang lain bagi
·         Individu, atau
·         Berkelompok  

2.       Berkembar       : iaitu digabungkan dengan pakej yang lain bagi
·         Individu, atau
·         Berkelompok  

Kami juga menyediakan pakej biasa dan intensif
1.         Pakej Biasa            : 1 jam X 2 hari dalam seminggu
2.       Pakej Intensif          : 1 jam X 4 hari dalam seminggu

YURAN :

Yuran pendaftaran : RM 50
v  Pendaftaran dikira seorang bagi :
·         Pendaftaran adik-beradik
·         Pendaftaran Suami & Isteri
·         Pendaftaran Ibu / Bapa & anak-anak


v  Program ini disampaikan oleh tenaga pengajar professional dalam pengajian Islam mengikut MAZHAB SYAFIE melalui tiga bahasa iaitu Malaysia, Arab dan Inggeris

PERHUBUNGAN :

Untuk pendaftaran dan pertanyaan, sila hubungi :
Ø  Pejabat            : 03-61439292
Ø  Us. Sobri           : 013-6299075
Ø  E-mail              : info@baitussaadah.net

KEISTIMEWAAN :

v  Setiap peserta akan dibekalkan koleksi As-Sunnah
v  Setiap peserta akan diberikan sijil penyertaan dan penghargaan di akhir kursus
v  Biasiswa disediakan bagi mereka yang berkelayakan sahaja


Kelas pengajian : Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu
Masa : 8.30 pagi hingga 10.00 malam ( kecuali hari Sabtu : 8.30 pagi hingga 5.00 petang)

Kredit jam bagi kelas biasa : 1 jam X 2 dalam seminggu X 12 bulan = 96 jam (untuk satu pakej)
Kredit jam bagi kelas intensif : 1 jam X 4 dalam seminggu X 6 bulan = 96 jam (untuk satu pakej)