Sunday 3 February 2013

BAITUSSAADAH


PENGENALAN :

Baitussaadah (BS) merupakan sebuah pusat kecemerlangan ilmu-ilmu Islam yang menitikberatkan kualiti dan keberkesanan dalam menyampaikan ilmu kepada para peserta. Penekanan utama BS ialah melahirkan generasi yang berjaya di dunia dan di akhirat. Segala program ilmiah yang disediakan di BS disampaikan secara amanah oleh tenaga pendidik yang cemerlang dari lulusan universiti tempatan dan universiti luar negara untuk memastikan para peserta yang mempelajari kitab juga memperolehi kecemerlangan.  Kemudahan seperti  bilik kuliah yang eksklusif dan berhawa dingin, ruangan solat yang luas dan koperasi turut disediakan bagi menjamin keselesaan peserta dalam menuntut ilmu. Pihak BS juga mengharapkan agar tempat ini menjadi tempat rujukan ilmu yang utama dan peserta yang mengikuti program di sini akan berasa senang hati dengan layanan yang disediakan seolah-olah mereka berada di rumah.

TEMPAT :

Baitussaadah 
Pusat Kecemerlangan Pengajian Islam
B-3-3-5 & B-3A-5 Blok 3 Jln Teknologi PJU 2/1B,
Syeksen 2, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor.

SASARAN :

o   Remaja            : berumur 15 tahun – 25 tahun
o   Dewasa            : berumur 26 tahun – 54 tahun
o   Warga Emas    : berumur 55 tahun ke atas

NAMA DAN KOD PAKEJ YANG DISEDIAKAN :

                         1 : Kursus Fasih Al-Quran ( KFQ )
                        2 : Kursus Fardhu Ain ( KFA )
                        3 : Kursus Bahasa Arab ( KBA )
                        4 : Kursus Kaligrafi Khat ( KKH )
                        5 : Program Tahfiz Al-Quran ( PTA )
                        6 : English Language Course ( ELC ) – [ ISLAMIC – or -  GENERAL ]

BENTUK PAKEJ : 

1.         Bersendirian     : iaitu tanpa digabungkan dengan pakej yang lain bagi
·         Individu, atau
·         Berkelompok  

2.       Berkembar       : iaitu digabungkan dengan pakej yang lain bagi
·         Individu, atau
·         Berkelompok  

Kami juga menyediakan pakej biasa dan intensif
1.         Pakej Biasa            : 1 jam X 2 hari dalam seminggu
2.       Pakej Intensif          : 1 jam X 4 hari dalam seminggu

YURAN :

Yuran pendaftaran : RM 50
v  Pendaftaran dikira seorang bagi :
·         Pendaftaran adik-beradik
·         Pendaftaran Suami & Isteri
·         Pendaftaran Ibu / Bapa & anak-anak


v  Program ini disampaikan oleh tenaga pengajar professional dalam pengajian Islam mengikut MAZHAB SYAFIE melalui tiga bahasa iaitu Malaysia, Arab dan Inggeris

PERHUBUNGAN :

Untuk pendaftaran dan pertanyaan, sila hubungi :
Ø  Pejabat            : 03-61439292
Ø  Us. Sobri           : 013-6299075
Ø  E-mail              : info@baitussaadah.net

KEISTIMEWAAN :

v  Setiap peserta akan dibekalkan koleksi As-Sunnah
v  Setiap peserta akan diberikan sijil penyertaan dan penghargaan di akhir kursus
v  Biasiswa disediakan bagi mereka yang berkelayakan sahaja


Kelas pengajian : Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu
Masa : 8.30 pagi hingga 10.00 malam ( kecuali hari Sabtu : 8.30 pagi hingga 5.00 petang)

Kredit jam bagi kelas biasa : 1 jam X 2 dalam seminggu X 12 bulan = 96 jam (untuk satu pakej)
Kredit jam bagi kelas intensif : 1 jam X 4 dalam seminggu X 6 bulan = 96 jam (untuk satu pakej)

6 comments:

  1. Assalamualaikum..maaf bertanya,di BS ada disediakan penempatan atau pelajar perlu berulang alik ya? terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Assalam, kelas masih available ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya bekas pelajar di sana, kelas masih available dan sesi yang baharu baru bermula

      Delete
  3. Assalamualaikum..saya nk bertanya,ada tempat untuk penginapan..bagi dewasa yg berusia 54 tahun keatas..sbb saya datang dari jauh...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.. Ada asrama tak untuk menginap?

    ReplyDelete
  5. 8K VIRTUAL REALITY SLOT MULTIPLAYER ONLINE - Videoodl
    8K VIRTUAL REALITY SLOT MULTIPLAYER ONLINE Enjoy the freedom of playing online youtube downloader in virtual reality with a demo version of the game.

    ReplyDelete